Ayam Percik
RESEPI AYAM PERCIK
1 ekor ayam dipotong 4
2 ulas bawang merah**
2 ulas bawang putih**
2 hiris halia**
Sebatang serai - diketuk
2 cawan santan pekat
1 sudu kecil kunyit serbuk
2-3 sudu besar cili kisar
Asam jawa
Kulit kayu Manis/Buah pelaga/Cengkih/Bunga lawang
Sedikit Belacan
Garam
Cara Membuatnya:
1. Rebuskan ayam dengan 2-3 cawan air sehingga ayam masak. Jgn lupa masukkan sedikit garam.
2. Setelah ayam masak. Ketepikan ayam dan simpan stok ayam untuk kuahnya.
3. Kisar bahan bertanda **
4. Tumiskan bahan kisar. Masukkan cili kisar, rempah empat, belacan, asam jawa, serbuk kunyit, serai.
5. Masukkan stok ayam (1 cawan sahaja). Masak sehingga pekat.
6. Masukkan santan pekat. Perasakan dengan garam.
7. Bila kuah sudah pekat, padam api.
8. Ayam rebus tadi disusun diatas pembakar, tuang kuah diatasnya sedikit-sedikit.
9. Bakar ayam diatas arang sehingga nampak keemasan.
10. Sedia dihidangkan.
MINUM PETANG
Mee Kari Udang
Jus Limau Nipis
MAKAN MALAM
Nasi Putih
Ikan Aya/Tongkol Masak Kicap
Sayur Campur
Sunday, June 10, 2012
Wednesday, June 6, 2012
Roti Bakar, Pau Kacang Merah
Roti Bakar
RESEPI ROTI BAKAR
Roti potong
marjerin planta
Cara membuatnya:
1. Sapukan roti dengan planta
2. Goreng tanpa minyak di atas kuali leper
3. Sedap dimakan bersama MADU, TELUR separuh masak dan serbuk LADA HITAM
Pau Kacang Merah
RESEPI PAU KACANG MERAH
500g Tepung gandum
1 paket Yis Mauripan
3 cawan Air suam
2 sd besar Minyak Masak
2 sd besar gula
1 sd kecil garam
Inti - kacang merah @ kari ayam kentang
Daun pisang yang dipotong kecil - 4cmx4cm
Cara membuatnya:
1. Penyediaan yis : Masukkan yis ke dalam air suam dan tambahkan 2 sd gula
2. Dalam bekas lain, masukkan tepung gandum, minyak masak dan garam
3. Bila yis sudah kembang, tuangkan larutan yis ke dalam tepung.
4. Uli Sehingga mendapat adunan yang lembut. Biarkan 20 minit.
5. Setelah doh kembang, tumbukkan doh dan uli semula.
6. Bulat2kan kepada bebola sebesar bola golf. Isikan inti. Tutup kemas. Letak atas daun pisang kecil.
7. Panaskan kukusan dan masukkan pau yg sudah kembang kedalam. GUNAKAN API KECIL.
8. Selepas 6-8 minit, tutup api dan angkat tudung kukusan. Keluarkan pau.
9. Buat sampai habis.
RESEPI ROTI BAKAR
Roti potong
marjerin planta
Cara membuatnya:
1. Sapukan roti dengan planta
2. Goreng tanpa minyak di atas kuali leper
3. Sedap dimakan bersama MADU, TELUR separuh masak dan serbuk LADA HITAM
Pau Kacang Merah
RESEPI PAU KACANG MERAH
500g Tepung gandum
1 paket Yis Mauripan
3 cawan Air suam
2 sd besar Minyak Masak
2 sd besar gula
1 sd kecil garam
Inti - kacang merah @ kari ayam kentang
Daun pisang yang dipotong kecil - 4cmx4cm
Cara membuatnya:
1. Penyediaan yis : Masukkan yis ke dalam air suam dan tambahkan 2 sd gula
2. Dalam bekas lain, masukkan tepung gandum, minyak masak dan garam
3. Bila yis sudah kembang, tuangkan larutan yis ke dalam tepung.
4. Uli Sehingga mendapat adunan yang lembut. Biarkan 20 minit.
5. Setelah doh kembang, tumbukkan doh dan uli semula.
6. Bulat2kan kepada bebola sebesar bola golf. Isikan inti. Tutup kemas. Letak atas daun pisang kecil.
7. Panaskan kukusan dan masukkan pau yg sudah kembang kedalam. GUNAKAN API KECIL.
8. Selepas 6-8 minit, tutup api dan angkat tudung kukusan. Keluarkan pau.
9. Buat sampai habis.
Monday, June 4, 2012
Sup Daging, Cara Berlauk, Udang Masak Merah, Tauge Goreng Bertofu
Sup Daging
RESEPI SUP DAGING
1 kg daging lembu segar - dipotong kecil
5-6 ulas bawang merah- tumbuk
2 ulas bawang putih- tumbuk
1 inci halia-tumbuk
Kulit kayu manis- 1
Bunga lawang- 1@2
Cengkih- 3@4
Buah pelaga - 2 biji
1 paket sup bunjut Adabi
1 sudu kecil jintan manis - ditumbuk
1 sudu kecil ketumbar - ditumbuk
Ubi kentang- dipotong besar
Lobak merah- dipotong besar
Air secukupnya
Minyak utk menumis
Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang dan halia
2. Masukkan 1 liter air dan daging
3. Masukkan sup bunjut dan rempah tumbuk, kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang.
4. Masukkan garam, ubi kentang
5. Masak 1 jam @ sehingga daging empuk. Masukkan lobak merah.
6. Sedap dimakan bersama bawang goreng dan daun sup.
Kuih Cara Berlauk
RESEPI KUIH CARA BERLAUK
1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
Pewarna kuning
1 cawan santan
secubit garam
Untuk inti:
1 biji cili merah dipotong halus
1 cawan daging cincang/kisar
2 sudu besar serbuk kari - bancuh dengan air
1/2 biji bawang besar-didadu
Cara membuatnya:
1. Untuk intinya, panaskan minyak dan tumiskan bancuhan kari
2. Masukkan daging, masak sebentar
3. Kemudian masukkan garam, bawang besar dan cili merah
4. Biarkan sehingga kering. Tutup api
5. Untuk batter: campurkan tepung gandum, telur, pewarna, santan dan garam
6. Panaskan acuan dan gris dgn minyak
7. Masukkan batter dan masukkan inti daging
8. Masak atas dapur dgn api kecil.
Udang Masak Merah
RESEPI UDANG MASAK MERAH
Semangkuk Udang - dibuang kulit dan dibelah belakang
3-4 ulas bawang merah**
2 ulas bawang putih**
sehiris halia**
4-5 biji cili kering direndam**
2 sudu besar Air asam jawa
Sedikit kicap manis
Garam
Cara Membuatnya:
1. Kisar bahan bertanda **
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
3. Masukkan kicap, garam, udang dan air asam jawa
4. Bila udang masak, sedia dihidangkan.
Tauge Goreng Bertofu
RESEPI TAUGE GORENG BERTOFU
Semangkuk tauge
Lobak Merah - hiris halus memanjang
Kucai - jika ada
Tofu goreng - dipotong 2
Isi ayam/isi Udang
2 ulas bawang putih diketuk
Cili merah - hiris bulat serong
Lada Sulah
Garam
Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih
2. Masukkan isi ayam/udang, lada sulah dan garam
3. Masukkan lobak merah, cili merah, kucai dan tofu
4. Akhir sekali masukkan tauge. Tutup api dan kacau.
Subscribe to:
Posts (Atom)