Monday, May 14, 2012

Nasi Goreng Ikan, Sup Ayam, Kek Gula Hangus


Nasi Goreng Ikan




RESEPI NASI GORENG IKAN
4 cawan nasi sejuk
2 ekor ikan goreng - buang tulang dan ditumbuk
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 biji cili padi
2 sudu besar kicap
Sawi
Garam


Cara Membuatnya:
1. Panaskan Minyak
2. Tumiskan bawang putih, bawang merah
3. Masukkan nasi sejuk, kacau sebati
4. Masukkan kicap, garam dan isi ikan yg ditumbuk
5. Masukkan sawi
6. Siap dihidang

Sup Ayam


RESEPI SUP AYAM
1/2 ekor ayam dipotong kecil-kecil
3-4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 hiris halia
1 bungkus sup bunjut adabi
4 cawan air
2 biji kentang - belah 4
Lobak merah, potong besar-besar
Bawang besar - potong 4


Cara Membuatnya:
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia
2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sampai kekuningan
3. Masukkan air, ayam,sup bunjut, garam, kentang dan lobak merah
4. Tunggu sehingga ayam dan kentang empuk.
5. Hidangkan bersama bawang goreng dan daun saderi/sup.


Kek Gula Hangus

RESEPI KEK GULA HANGUS
1 cawan gula-jadikan gula hangus
1 cawan air panas
1 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar butter
2 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji telur


Cara Membuatnya:
1. Gula dimasukkan kedalam periuk- dipanaskan sambil dikacau sehingga gula menjadi cair dan berwarna perang - tutup api,  masukkan butter dan air panas. SILA BERHATI-HATI.
2. Biarkan gula sejuk dahulu.Ketepikan.
3. Pukul telur dengan mixer sehingga kembang pekat
4. Masukkan 1 cawan susu pekat manis ke dalam adunan telur, kacau lg.
5. Tepung gandum dicampurkan dengan soda dan diayak.
6. Masukkan tepung bersoda ke dalam adunan, kacau lg.
7. Masukkan air gula SEJUK ke dalam adunan.
8. Perap 2-3 jam
9. Bakar dalam oven bersuhu 160'C, 40 minit, api bawah (sehingga masak) -dah hampir masak baru guna api atas bawah.
10. Sedap dihidang sejuk.

No comments:

Post a Comment