Ayam Panggang Berempah
RESEPI AYAM PANGGANG BEREMPAH
2 keping dada ayam
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 hiris halia
1 sd kecil jintan manis
1 sudu kecil ketumbar
1 batang serai
Garam & gula /gula merah secukup rasa
Cara Membuatnya:
1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, jintan manis, ketumbar, serai, garam dan gula merah.
2. Lumurkan pada ayam dan perap seketika.
3. Panaskan 2 sudu minyak dalam kuali non-stick.
4. Masukkan dada ayam yang diperap tadi. Tutupkan supaya cepat masak.
5. Masakkan sehingga air kering dan balik-balikkan sehingga warnanya keperangan.
6. Sedia dihidang dengan sos istimewa
RESEPI SOS CILI ISTIMEWA
1 biji cili merah
3 biji cilipadi merah/hijau
1/2 cwn air rebusan ayam (1/2 cwn air panas + 1/4 kiub ayam)
1 sudu besar cuka makan
Garam & gula secukup rasa
Cara Membuatnya:
1. Blend semua cili, stok ayam dan cuka
2. Adjust rasa. Dah OK bolehlah dihidang.
No comments:
Post a Comment