Sunday, May 13, 2012
Nasi Himpit Kuah Kacang, Sambal Lada
Nasi Himpit Kuah Kacang
RESEPI NASI HIMPIT
1. Ketupat segera Adabi direbus bersama air dan sedikit garam. Ikut arahan pada pek.
2. Sejukkan. (seeloknya yg dlm pek kecil supaya senang masak)
RESEPI KUAH KACANG
1 cawan kacang tanah - digoreng tanpa minyak dan buang kulit.
2 biji bawang merah-tumbuk
1 biji bawang putih-tumbuk
sehiris lengkuas-tumbuk
sehiris halia-tumbuk
5-6 tangkai cili kisar
1 sd makan air asam jawa
2 sd makan manisan/gula merah
1 sd kecil tepung gandum - bancuh dgn sedikit air
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dan tumiskan cili kisar sebentar. Masukkan bahan tumbuk.
2. Setelah pecah minyak , masukkan manisan/gula melaka, garam dan asam jawa.
3. Kacang tanah dikisar bersama secawan air. Tuangkan kacang ke dalam periuk.
4. Bila menggelegak, rasa dan tambah garam/gula-jika perlu
5. Jika mahu kuah pekat, tambahkan bancuhan tepung gandum
6. Sedia dihidang
Sambal Lada Special
RESEPI SAMBAL LADA ISTIMEWA
4-5 biji cili merah
2-3 biji cili padi
6-8 biji bawang merah kecil
1 sd kecil kicap
Garam
1/2 cawan minyak
Aji - **optional
Cara membuatnya:
1. Blend cili merah, cili padi dan bawang merah
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
3. Masukkan kicap, secubit garam dan aji.
4. Sedia dihidang.**AWAS resepi ni memang sedap. Yg diet jaga-jaga...
Pisang Goreng
RESEPI PISANG GORENG
Sesikat pisang kelat siam/pisang nangka
Ubi Keledek
Tepung beras
Garam
Air
Serbuk kunyit
Juis limau Nipis -sedikit
Cara Membuatnya:
1. Tepung beras dicampur garam, serbuk kunyit, jus limau dan air (jgn cair sgt)
2. Belah pisang, potong ubi dan salut tepung
3. Goreng.
Mee Goreng Basah
RESEPI MEE GORENG BASAH
1 paket mee kuning
1 keping dada ayam -didadu
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 sd besar cili kisar
2 cawan stok ayam/ + 2 cawan air + 1 kiub ayam
Sawi, Kobis, Carrot
2 biji telur
2 sudu besar kicap manis
Cili jeruk
Cara membuatnya:
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk. Masukkan cili kisar, kicap manis dan ayam.
3. Masukkan stok ayam. Biar menggelegak. Masukkan telur. Kacau.
4. Masukkan kobis, carrot dan sawi. Pastikan API BESAR
5. Masukkan mee kuning sebentar shj utk elak ia kembang
6. Sedia dihidang bersama cili jeruk....uihh..bestnya...
**Lebih sedap jika dibuat dlm portion kecil...contohnya utk 2 orang makan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment