Thursday, May 17, 2012

Jemput-jemput Crunchy, Donat&Pau sardin Goreng, Laksa Terengganu

Jemput-jemput Crunchy

RESEPI JEMPUT-JEMPUT CRUNCHY
Tepung Gandum
Segenggam ikan bilis
1 batang sosej - dihiris nipis - kalau ada....
1 labu bawang besar - dadu
Jagung manis - diambil isinya
1 cawan kelapa muda (yg keras)
1/2 cawan Air kelapa muda
Kobis/Carrot
1 sd kecil soda bikarbonat
Air secukupnya
Garam

Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan, pastikan ia sedikit cair.
2. Panaskan minyak
3. Goreng tenggelam
4. Sedap dimakan bersama sos cili atau sos keropok lekor..



Donat & Pau Sardin Goreng






RESEPI DONAT & PAU SARDIN
Tepung gandum
2 cawan air suam
1 sd kecil yis
1 biji telur
2 sd besar gula
1 sb susu pekat manis
Secubit garam
1 sd besar marjerin/planta
1 tin ikan sardin-dibuat sambal

Cara membuatnya:
1. Penyediaan YIS :  2 cawan air suam + yis + gula = tunggu kembang, KETEPIKAN.
2. Masukkan 2 cawan tepung gandum ke dalam mangkuk adunan.  Masukkan 1 biji telur, satu sudu besar marjerin, 1 sb susu pekat manis. JGN KACAU.
3. Tuangkan larutan yis ke dalam mangkuk adunan. Kacau.
4. Bila sebati, tambah tepung gandum mengikut keperluan. ULI DENGAN TANGAN sehingga mendapat satu adunan yang lembut (tidak lembik/keras)
**Pastikan doh tidak melekat di tangan.
**Biarkan doh dalam bekas bertutup selama 20 minit.
5.  Selepas 20 minit, doh sepatutnya kembang 2 kali ganda. TUMBUKKAN ADUNAN supaya angin keluar.
6. Ambil sebahagian doh dan canai 1 cm. Terap dgn penerap donat. Ketepikan.
7. Goreng api sederhana/kecil.

8. Untuk PAU SARDIN, ambil doh td, bulat2kan sebesar bola golf.
9. Isikan sambal sardin. Tutupkan dan bulat2 kan.
10. Goreng dalam minyak banyak, api perlahan.
11. Sedia dihidang.


Laksa Terengganu

RESEPI LAKSA TERENGGANU
1 kg laksa putih
1 paket Rempah Gulai Cap Bunga Ros
3-4 tangkai cili kering - direndam&blend
4 ekor ikan selayang/sardin
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 hiris halia
sehiris lengkuas
3-4 cawan santan
1/2 keping manisan @ 1 sd besar gula merah
Sedikit asam jawa
Belacan **optional
Ulam-ulaman (timun/daun kemangi/bunga kantan/kacang panjang/tauge)

Cara Membuatnya:
1. Ikan selayang dikukus/dimasak diatas kuali non-stick sehingga masak. Ambil isi ikan dan tumbuk sampai halus.
2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas
3. Panaskan minyak dan masukkan cili kisar. Biar minyak menjadi warna merah. Kemudian masukkan bawang yg dikisar dan belacan. 
4. Kemudian masukkan rempah gulai, manisan dan asam jawa. Masak sehingga pecah minyak.
5. Masukkan santan dan ikan yg ditumbuk td.
6. Perasakan dengan garam.
7. Makan bersama ulam-ulaman.





No comments:

Post a Comment