Tuesday, May 15, 2012

Pulut Gaul Nyior, Ikan Bakar Berempah, Kangkung Belacan, Nekbat & sardin

Pulut Gaul Nyior


RESEPI PULUT GAUL NYIOR
2 cawan beras pulut
2 cawan air
Kelapa parut (muda sket laa)
1 sudu gula
Ikan Goreng (lebihan ikan singgang smlm yg digoreng)
Ikan masin/ikan bilis

Cara membuatnya:
1. Masak beras pulut bersama air sehingga masak - gunakan api kecil.
2. Bila nasi masak, sejukkan seketika dan kepalkan sebesar penumbuk anda.
3. Golekkan ke dalam kelapa yang digaul gula.
4. Makan bersama ikan goreng/ikan masin.....dan kopi o panas.


Ikan Bakar Berempah



**ini adalah sotong bakar menggunakan resepi dibawah


RESEPI IKAN BAKAR berempah
1 ekor ikan barat (ikan ayam)-dibersihkan -(**atau ikan isi putih lain spt ikan merah, pari, talapia merah, udang, sotong dll. )
6 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 hiris halia
sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk
2 batang serai
2 cm belacan
2 sudu besar serbuk kari + air

2 sudu besar cili kisar
Air asam jawa
1/2 keping manisan/gula melaka
Daun kesum
Daun pisang

Garam

Cara membuatnya:
1. Kisar bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia , kunyit, serai, belacan dan cili kisar
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
3. Masukkan serbuk kari, manisan, air asam jawa dan daun kesum. Masak hingga agak pekat.
4. Masukkan garam secukup rasa. Tutup api.
5. Minyakkan kuali dan letakkan daun pisang. Tuangkan sos tadi dan letak ikan diatasnya. Tutup dengan daun pisang. Gunakan api sederhana dan tutup masakan dengan tudung periuk.
6. Selepas 3-4 minit, balikkan ikan bersama daun pisang td.
7. Sedia dihidang bersama nasi putih...Wallaaaa...



Kangkung Goreng Belacan

Kangkung Goreng Belacan


RESEPI KANGKUNG GORENG BELACAN
1 ikat kangkung
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili padi
1/2 biji cili merah
1 cm belacan
sedikit ikan bilis - direndam
Garam-jika perlu

Cara membuatnya:
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cilipadi, cili merah, belacan dan ikan bilis.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk
3. Masukkan kangkung. Kacau sebentar dan angkat.
4. Jangan tinggal dlm kuali sbb kangkung akan berubah jd hitam. Letak terus dalam pinggan.
5. Sedia dihidang.


Nekbat Sira


RESEPI NEKBAT SIRA
4 biji nekbat kering - boleh dibeli di pasar manir atau pasar2 sekitar terengganu
4 sudu makan gula
1 cawan air
1 helai daun pandan

Cara membuatnya:
1. Larutkan gula kedalam air. Tambahkan daun pandan
2. Kemudian masukkan nekbat
3. Masak sehingga air kering. Jangan kacau.
4. Sedap dihidang sejuk


Sardin

RESEPI SARDIN
1 tin sardin
2 hiris halia-diracik halus
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar- potong bulat
2 biji cilipadi
air limau nipis/asam jawa


Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bawang putih, bawang besar, bawang besar
3. Masukkan sardin dan cilipadi.
4. Bila masak, perahkan air limau nipis.

No comments:

Post a Comment