Sunday, June 10, 2012

Ayam Percik

Ayam Percik

RESEPI AYAM PERCIK
1 ekor ayam dipotong 4
2 ulas bawang merah**
2 ulas bawang putih**
2 hiris halia**
Sebatang serai - diketuk
2 cawan santan pekat
1 sudu kecil kunyit serbuk
2-3 sudu besar cili kisar
Asam jawa
Kulit kayu Manis/Buah pelaga/Cengkih/Bunga lawang
Sedikit Belacan
Garam

Cara Membuatnya:
1. Rebuskan ayam dengan 2-3 cawan air sehingga ayam masak. Jgn lupa masukkan sedikit garam.
2. Setelah ayam masak. Ketepikan ayam dan simpan stok ayam untuk kuahnya.
3. Kisar bahan bertanda **
4. Tumiskan bahan kisar. Masukkan cili kisar, rempah empat, belacan, asam jawa, serbuk kunyit, serai.
5. Masukkan stok ayam (1 cawan sahaja). Masak sehingga pekat.
6. Masukkan santan pekat. Perasakan dengan garam.
7. Bila kuah sudah pekat, padam api.
8. Ayam rebus tadi disusun diatas pembakar, tuang kuah diatasnya sedikit-sedikit.
9. Bakar ayam diatas arang sehingga nampak keemasan.
10. Sedia dihidangkan.



MINUM PETANG
Mee Kari Udang
Jus Limau Nipis

MAKAN MALAM
Nasi Putih
Ikan Aya/Tongkol Masak Kicap
Sayur Campur

Wednesday, June 6, 2012

Roti Bakar, Pau Kacang Merah

Roti Bakar

RESEPI ROTI BAKAR
Roti potong
marjerin planta

Cara membuatnya:
1. Sapukan roti dengan planta
2. Goreng tanpa minyak di atas kuali leper
3. Sedap dimakan bersama MADU, TELUR separuh masak dan serbuk LADA HITAM

Pau Kacang Merah

RESEPI PAU KACANG MERAH
500g Tepung gandum
1 paket Yis Mauripan
3 cawan Air suam
2 sd besar Minyak Masak
2 sd besar gula
1 sd kecil garam
Inti - kacang merah @ kari ayam kentang
Daun pisang yang dipotong kecil - 4cmx4cm

Cara membuatnya:
1. Penyediaan yis : Masukkan yis ke dalam air suam dan tambahkan 2 sd gula
2. Dalam bekas lain, masukkan tepung gandum, minyak masak dan garam
3. Bila yis sudah kembang, tuangkan larutan yis ke dalam tepung.
4. Uli Sehingga mendapat adunan yang lembut. Biarkan 20 minit.
5. Setelah doh kembang, tumbukkan doh dan uli  semula.
6. Bulat2kan kepada bebola sebesar bola golf. Isikan inti. Tutup kemas. Letak atas daun pisang kecil.
7. Panaskan kukusan dan masukkan pau yg sudah kembang kedalam. GUNAKAN API KECIL.
8. Selepas 6-8 minit, tutup api dan angkat tudung kukusan. Keluarkan pau.
9. Buat sampai habis.

Monday, June 4, 2012

Sup Daging, Cara Berlauk, Udang Masak Merah, Tauge Goreng Bertofu


Sup Daging

RESEPI SUP DAGING
1 kg daging lembu segar - dipotong kecil
5-6 ulas bawang merah- tumbuk
2 ulas bawang putih- tumbuk
1 inci halia-tumbuk
Kulit kayu manis- 1
Bunga lawang- 1@2
Cengkih- 3@4
Buah pelaga - 2 biji
1 paket sup bunjut Adabi
1 sudu kecil jintan manis - ditumbuk
1 sudu kecil ketumbar - ditumbuk
Ubi kentang- dipotong besar
Lobak merah- dipotong besar
Air secukupnya
Minyak utk menumis

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang dan halia
2. Masukkan 1 liter air dan daging
3. Masukkan sup bunjut dan rempah tumbuk, kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang.
4. Masukkan garam, ubi kentang
5. Masak 1 jam @ sehingga daging empuk. Masukkan lobak merah.
6. Sedap dimakan bersama bawang goreng dan daun sup.


Kuih Cara Berlauk

RESEPI KUIH CARA BERLAUK
1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
Pewarna kuning
1 cawan santan
secubit garam

Untuk inti:
1 biji cili merah dipotong halus
1 cawan daging cincang/kisar
2 sudu besar serbuk kari - bancuh dengan air
1/2 biji bawang besar-didadu

Cara membuatnya:
1. Untuk intinya, panaskan minyak dan tumiskan bancuhan kari
2. Masukkan daging, masak sebentar
3. Kemudian masukkan garam, bawang besar dan cili merah
4. Biarkan sehingga kering. Tutup api

5. Untuk batter: campurkan tepung gandum, telur, pewarna, santan dan garam
6. Panaskan acuan dan gris dgn minyak
7. Masukkan batter dan masukkan inti daging
8. Masak atas dapur dgn api kecil.


Udang Masak Merah

RESEPI UDANG MASAK MERAH
Semangkuk Udang - dibuang kulit dan dibelah belakang
3-4 ulas bawang merah**
2 ulas bawang putih**
sehiris halia**
4-5 biji cili kering direndam**
2 sudu besar Air asam jawa
Sedikit kicap manis
Garam

Cara Membuatnya:
1. Kisar bahan bertanda **
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
3. Masukkan kicap, garam, udang dan air asam jawa
4. Bila udang masak, sedia dihidangkan.

Tauge Goreng Bertofu

RESEPI TAUGE GORENG BERTOFU
Semangkuk tauge
Lobak Merah - hiris halus memanjang
Kucai - jika ada
Tofu goreng - dipotong 2
Isi ayam/isi Udang
2 ulas bawang putih diketuk
Cili merah - hiris bulat serong
Lada Sulah
Garam

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih
2. Masukkan isi ayam/udang, lada sulah dan garam
3. Masukkan lobak merah, cili merah, kucai dan tofu
4. Akhir sekali masukkan tauge. Tutup api dan kacau.

Wednesday, May 30, 2012

Gulai Ikan Patin

Gulai Ikan Patin


RESEPI GULAI IKAN PATIN
1kg ikan patin (seekor)
3 ulas bawang merah-kisar
2 ulas bawang putih-kisar
2 hiris halia-kisar
Sehiris lengkuas-kisar
Sedikit kunyit hidup-kisar
1/2 sudu kecil belacan
2 sudu besar rempah gulai cap bunga ros/rempah gulai Terengganu
5-6 sudu besar cili kering- rebus & kisar
5-6 cawan santan
2 sudu besar air asam jawa
Daun kesum
Garam

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak masak dan tumis cili kisar hingga minyak berwarna merah.
2. Masukkan bahan kisar dan belacan
3. Masukkan rempah gulai , daun kesum dan air asam jawa.
4. Masukkan ikan dan santan.
5. Gunakan api kecil, tunggu sehingga naik minyak
6. Perasakan dengan garam.
7. Sedia dihidang.


Monday, May 28, 2012

Bihun Singapura, Sos Kicap


Bihun Singapura


RESEPI BIHUN SINGAPURA
Sepaket bihun- direndam air sejuk
1 cawan dada ayam/1 kiub ayam
3 ulas bawang merah-dimayang
2 ulas bawang putih-cincang halus
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 batang lobak merah - diparut/hiris halus
Sedikit kubis
Garam
2 biji telur - digoreng dadar nipis

Cara Membuatnya:
1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih. Masukkan ayam.
2. Masukkan Bihun yang direndam, kobis dan lobak merah. Kacau balikkan.
3. Masukkan garam, lada sulah dan lada hitam.
4. Telur Dadar digulung dan dihiris nipis. Tabur di atas bihun yang digoreng tadi.
5. Sedap dimakan bersama sos kicap (resepi di bawah)

RESEPI SOS KICAP
1 ulas bawang putih
1 biji cili padi
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar air
secubit garam

Cara membuatnya:
1. Tumbuk/cincang halus bawang putih dan cili padi
2. Masukkan kicap, garam dan air.
3. Siap dihidang.

Mee Goreng Kicap, Sayur Keladi, Jemput Pisang, Sayur Nangka


Mee Goreng Kicap

RESEPI MEE GORENG KICAP
1 paket mee kuning
1 ulas bawang putih
1 biji telur
1 keping dada ayam
Kicap manis-banyak
Sawi

Cara Membuatnya:
1. Panaskan 2 sd besar minyak. tumiskan bawang putih dan ayam 
2. Masukkan telur, kicap, sawi dan mee kuning.
3. Sedia dihidang

Sayur Keladi

RESEPI SAYUR KELADI
Seikat keladi - dibuang kulit, dihiris dan direbus bersama asam keping dan garam,
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sd kecil lada hitam
1 ekor ikan selayang/kembung - diambil isinya.
2-3 cawan air
seikat daun kesum

Cara Membuatnya:
1. Keladi direbus dan ditoskan.
2. Bawang merah, bawang putih dan lada hitam ditumbuk.
3. Dalam periuk, masukkan air, isi ikan, daun kesum, garam dan bahan tumbuk.
4. Masakkan diatas api sehingga menggelegak. Masukkan keladi rebus.
5. Rasa & hidangkan.

Jemput-jemput Pisang

RESEPI JEMPUT-JEMPUT PISANG
3-4 biji pisang kelat siam/pisang awak/pisang berangan
Tepung gandum
Soda bikarbonat
2 sd besar gula
Air garam

Cara Membuatnya:
1. Kisar Pisang bersama gula dan sedikit air
2. Satukan dengan tepung gandum, air garam dan soda bikarbonat.
3. Goreng terendam
4. **pisang yg paling molek ialah pisang kelat siam sbb kemanisan dan teksturnya.

Sayur Nangka

RESEPI SAYUR NANGKA
1/2 kg nangka muda - dipotong dan celur
2 ulas bawang merah-ditumbuk
2 ulas bawang putih-ditumbuk
1 sd besar lada hitam-ditumbuk
3-4 cawan santan
1 sudu kecil serbuk kunyit
1-2 ekor ikan selayang - diambil isinya
Garam

Cara Membuatnya:
1. Masukkan semua bahan kedalam periuk dan masak sehingga masak.



Thursday, May 17, 2012

Jemput-jemput Crunchy, Donat&Pau sardin Goreng, Laksa Terengganu

Jemput-jemput Crunchy

RESEPI JEMPUT-JEMPUT CRUNCHY
Tepung Gandum
Segenggam ikan bilis
1 batang sosej - dihiris nipis - kalau ada....
1 labu bawang besar - dadu
Jagung manis - diambil isinya
1 cawan kelapa muda (yg keras)
1/2 cawan Air kelapa muda
Kobis/Carrot
1 sd kecil soda bikarbonat
Air secukupnya
Garam

Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan, pastikan ia sedikit cair.
2. Panaskan minyak
3. Goreng tenggelam
4. Sedap dimakan bersama sos cili atau sos keropok lekor..



Donat & Pau Sardin Goreng






RESEPI DONAT & PAU SARDIN
Tepung gandum
2 cawan air suam
1 sd kecil yis
1 biji telur
2 sd besar gula
1 sb susu pekat manis
Secubit garam
1 sd besar marjerin/planta
1 tin ikan sardin-dibuat sambal

Cara membuatnya:
1. Penyediaan YIS :  2 cawan air suam + yis + gula = tunggu kembang, KETEPIKAN.
2. Masukkan 2 cawan tepung gandum ke dalam mangkuk adunan.  Masukkan 1 biji telur, satu sudu besar marjerin, 1 sb susu pekat manis. JGN KACAU.
3. Tuangkan larutan yis ke dalam mangkuk adunan. Kacau.
4. Bila sebati, tambah tepung gandum mengikut keperluan. ULI DENGAN TANGAN sehingga mendapat satu adunan yang lembut (tidak lembik/keras)
**Pastikan doh tidak melekat di tangan.
**Biarkan doh dalam bekas bertutup selama 20 minit.
5.  Selepas 20 minit, doh sepatutnya kembang 2 kali ganda. TUMBUKKAN ADUNAN supaya angin keluar.
6. Ambil sebahagian doh dan canai 1 cm. Terap dgn penerap donat. Ketepikan.
7. Goreng api sederhana/kecil.

8. Untuk PAU SARDIN, ambil doh td, bulat2kan sebesar bola golf.
9. Isikan sambal sardin. Tutupkan dan bulat2 kan.
10. Goreng dalam minyak banyak, api perlahan.
11. Sedia dihidang.


Laksa Terengganu

RESEPI LAKSA TERENGGANU
1 kg laksa putih
1 paket Rempah Gulai Cap Bunga Ros
3-4 tangkai cili kering - direndam&blend
4 ekor ikan selayang/sardin
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 hiris halia
sehiris lengkuas
3-4 cawan santan
1/2 keping manisan @ 1 sd besar gula merah
Sedikit asam jawa
Belacan **optional
Ulam-ulaman (timun/daun kemangi/bunga kantan/kacang panjang/tauge)

Cara Membuatnya:
1. Ikan selayang dikukus/dimasak diatas kuali non-stick sehingga masak. Ambil isi ikan dan tumbuk sampai halus.
2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas
3. Panaskan minyak dan masukkan cili kisar. Biar minyak menjadi warna merah. Kemudian masukkan bawang yg dikisar dan belacan. 
4. Kemudian masukkan rempah gulai, manisan dan asam jawa. Masak sehingga pecah minyak.
5. Masukkan santan dan ikan yg ditumbuk td.
6. Perasakan dengan garam.
7. Makan bersama ulam-ulaman.





Wednesday, May 16, 2012

Daging Lemak Cili Api, Asam Gumpal, Ayam Masak Kicap


Daging Masak Lemak Cili Api

RESEPI DAGING MASAK LEMAK CILI API
1 kilo daging lembu -disalai potongan besar dan potong nipis.
Santan-dari 1 biji kelapa (santan pekat diasingkan)
5 biji cilipadi
Kunyit hidup
Serai
Asam keping
garam

Cara Membuatnya:
1. Kisar cili padi dan kunyit hidup
2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan masak seketika.
3. Masukkan serai, asam keping dan hirisan daging salai.
4. Masukkan garam dan santan biasa
5. Bila daging empuk, masukkan santan pekat dan pucuk ubi celur.
6 Sedia dihidang bersama nasi putih.

Asam Gumpal

RESEPI ASAM GUMPAL
1 mangkuk sagu biji - dibasuh dan tos
Inti - kacang kuda rebus manis lenyek
Santan - 5 cawan (1 biji kelapa)
1 biji bawang merah - hiris
sehiris halia - racik halus
1/2 sd kecil halba
Gula
Garam

Cara Membuatnya:
1. Sagu biji yang dibasuh dikepal dengan tangan- buat kecil2
2. Masukkan inti  dan ketepikan.
3. Panaskan santan dan masukkan bawang merah, halia dan halba
4. Masukkan sagu biji yg dikepal tadi
5. Masak sehingga sagu masak
6. Masukkan 3 sd besar gula dan secubit garam. Rasa.
6. Sedap dihidang sejuk

Ayam Masak Kicap

RESEPI AYAM MASAK KICAP
1 ekor ayam - digoreng kunyit
1 biji bawang besar - dipotong bulat
2 ulas bawang putih - diketuk
Bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga
1-2 tangkai cili kering
Kicap Manis
Air

Cara membuatnya:
1. Panaskan Minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar.
2. Masukkan rempah-rempah dan cili kering
3. Masukkan air dan kicap manis
4. Masukkan ayam goreng.
5. Sedia dihidang








Tuesday, May 15, 2012

Acar Nenas, Singgang Asam Pedas Kerisi, Popia Goreng

Acar Nenas

RESEPI ACAR NENAS
1/2 biji nenas masak- dipotong halus
2 sd besar gula'
1/2 sd kecil garam
1 sudu besar cili kisar

Cara membuatnya:
1. Gaulkan kesemua bahan.
2. Simpan dalam peti sejuk seketika (20 -30 minit)
3. Sedia dihidang.

Singgang Asam Pedas Kerisi


RESEPI SINGGANG ASAM PEDAS KERISI
2-4 ekor ikan kerisi - segar dan bersih
2 ulas bawang putih
2 hiris lengkuas
2 biji cili padi
2 hiris kunyit hidup
1 sd kecil cili kisar
1 keping asam gelugor/asam keping
Daun kesum
Air

Cara membuatnya:
1. Tumbuk halus bawang putih, lengkuas, cili padi, kunyit hidup.
2. Masukkan ikan ke dalam periuk dan masukkan bahan tumbuk.
3. Masukkan asam keping, garam, daun kesum dan cili kisar.
4. Masukkan air separas ikan sahaja (pastikan periuk kecil)
5. Masak atas api sederhana sehingga masak.

Popia Goreng

RESEPI POPIA GORENG
Kulit popia secukupnya
1 keping dada ayam dihiris kecil
1 ulas bawang putih diketuk
1 mangkuk tauge
1 batang lobak merah-hiris halus memanjang
2 urat kacang panjang
1/2 biji cili merah - hiris
Garam

Pulut Gaul Nyior, Ikan Bakar Berempah, Kangkung Belacan, Nekbat & sardin

Pulut Gaul Nyior


RESEPI PULUT GAUL NYIOR
2 cawan beras pulut
2 cawan air
Kelapa parut (muda sket laa)
1 sudu gula
Ikan Goreng (lebihan ikan singgang smlm yg digoreng)
Ikan masin/ikan bilis

Cara membuatnya:
1. Masak beras pulut bersama air sehingga masak - gunakan api kecil.
2. Bila nasi masak, sejukkan seketika dan kepalkan sebesar penumbuk anda.
3. Golekkan ke dalam kelapa yang digaul gula.
4. Makan bersama ikan goreng/ikan masin.....dan kopi o panas.


Ikan Bakar Berempah



**ini adalah sotong bakar menggunakan resepi dibawah


RESEPI IKAN BAKAR berempah
1 ekor ikan barat (ikan ayam)-dibersihkan -(**atau ikan isi putih lain spt ikan merah, pari, talapia merah, udang, sotong dll. )
6 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 hiris halia
sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk
2 batang serai
2 cm belacan
2 sudu besar serbuk kari + air

2 sudu besar cili kisar
Air asam jawa
1/2 keping manisan/gula melaka
Daun kesum
Daun pisang

Garam

Cara membuatnya:
1. Kisar bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia , kunyit, serai, belacan dan cili kisar
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
3. Masukkan serbuk kari, manisan, air asam jawa dan daun kesum. Masak hingga agak pekat.
4. Masukkan garam secukup rasa. Tutup api.
5. Minyakkan kuali dan letakkan daun pisang. Tuangkan sos tadi dan letak ikan diatasnya. Tutup dengan daun pisang. Gunakan api sederhana dan tutup masakan dengan tudung periuk.
6. Selepas 3-4 minit, balikkan ikan bersama daun pisang td.
7. Sedia dihidang bersama nasi putih...Wallaaaa...



Kangkung Goreng Belacan

Kangkung Goreng Belacan


RESEPI KANGKUNG GORENG BELACAN
1 ikat kangkung
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili padi
1/2 biji cili merah
1 cm belacan
sedikit ikan bilis - direndam
Garam-jika perlu

Cara membuatnya:
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cilipadi, cili merah, belacan dan ikan bilis.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk
3. Masukkan kangkung. Kacau sebentar dan angkat.
4. Jangan tinggal dlm kuali sbb kangkung akan berubah jd hitam. Letak terus dalam pinggan.
5. Sedia dihidang.


Nekbat Sira


RESEPI NEKBAT SIRA
4 biji nekbat kering - boleh dibeli di pasar manir atau pasar2 sekitar terengganu
4 sudu makan gula
1 cawan air
1 helai daun pandan

Cara membuatnya:
1. Larutkan gula kedalam air. Tambahkan daun pandan
2. Kemudian masukkan nekbat
3. Masak sehingga air kering. Jangan kacau.
4. Sedap dihidang sejuk


Sardin

RESEPI SARDIN
1 tin sardin
2 hiris halia-diracik halus
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar- potong bulat
2 biji cilipadi
air limau nipis/asam jawa


Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bawang putih, bawang besar, bawang besar
3. Masukkan sardin dan cilipadi.
4. Bila masak, perahkan air limau nipis.

Monday, May 14, 2012

Ayam Panggang Berempah Bersos

Ayam Panggang Berempah


RESEPI AYAM PANGGANG BEREMPAH
2 keping dada ayam
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 hiris halia
1 sd kecil jintan manis
1 sudu kecil ketumbar
1 batang serai
Garam & gula /gula merah secukup rasa


Cara Membuatnya:
1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, jintan manis, ketumbar, serai, garam dan gula merah.
2. Lumurkan pada ayam dan  perap seketika.
3. Panaskan 2 sudu minyak dalam kuali non-stick.
4. Masukkan dada ayam yang diperap tadi. Tutupkan supaya cepat masak.
5. Masakkan sehingga air kering dan balik-balikkan sehingga warnanya keperangan.
6. Sedia dihidang dengan sos istimewa

RESEPI SOS CILI ISTIMEWA
1 biji cili merah
3 biji cilipadi merah/hijau
1/2 cwn air rebusan ayam (1/2 cwn air panas + 1/4 kiub ayam)
1 sudu besar cuka makan
Garam & gula secukup rasa


Cara Membuatnya:
1. Blend semua cili, stok ayam dan cuka
2. Adjust rasa. Dah OK bolehlah dihidang.



Nasi Goreng Ikan, Sup Ayam, Kek Gula Hangus


Nasi Goreng Ikan




RESEPI NASI GORENG IKAN
4 cawan nasi sejuk
2 ekor ikan goreng - buang tulang dan ditumbuk
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 biji cili padi
2 sudu besar kicap
Sawi
Garam


Cara Membuatnya:
1. Panaskan Minyak
2. Tumiskan bawang putih, bawang merah
3. Masukkan nasi sejuk, kacau sebati
4. Masukkan kicap, garam dan isi ikan yg ditumbuk
5. Masukkan sawi
6. Siap dihidang

Sup Ayam


RESEPI SUP AYAM
1/2 ekor ayam dipotong kecil-kecil
3-4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 hiris halia
1 bungkus sup bunjut adabi
4 cawan air
2 biji kentang - belah 4
Lobak merah, potong besar-besar
Bawang besar - potong 4


Cara Membuatnya:
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia
2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sampai kekuningan
3. Masukkan air, ayam,sup bunjut, garam, kentang dan lobak merah
4. Tunggu sehingga ayam dan kentang empuk.
5. Hidangkan bersama bawang goreng dan daun saderi/sup.


Kek Gula Hangus

RESEPI KEK GULA HANGUS
1 cawan gula-jadikan gula hangus
1 cawan air panas
1 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar butter
2 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji telur


Cara Membuatnya:
1. Gula dimasukkan kedalam periuk- dipanaskan sambil dikacau sehingga gula menjadi cair dan berwarna perang - tutup api,  masukkan butter dan air panas. SILA BERHATI-HATI.
2. Biarkan gula sejuk dahulu.Ketepikan.
3. Pukul telur dengan mixer sehingga kembang pekat
4. Masukkan 1 cawan susu pekat manis ke dalam adunan telur, kacau lg.
5. Tepung gandum dicampurkan dengan soda dan diayak.
6. Masukkan tepung bersoda ke dalam adunan, kacau lg.
7. Masukkan air gula SEJUK ke dalam adunan.
8. Perap 2-3 jam
9. Bakar dalam oven bersuhu 160'C, 40 minit, api bawah (sehingga masak) -dah hampir masak baru guna api atas bawah.
10. Sedap dihidang sejuk.

Bihun Goreng, Sotong Masak Merah, Krim Karamel, Paprik Ayam


Bihun Goreng

RESEPI BIHUN GORENG
1 paket bihun (rendam air sejuk/biasa)
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
3 tangkai cili kering yang direndam
hirisan dada ayam
2 biji telur
Kicap manis
Sawi
Garam


Cara membuatnya:
1. Blend cili, bawang merah dan putih
2. Panaskan 3 sudu besar minyak masak, tumis bahan blend
3. Masukkan ayam
4. Masukkan kicap manis, garam.
5. Masukkan Bihun dan sedikit air. Kacau sebati.
6. Masukkan sawi
7. Masukkan Telur, kacau sebati
8. Tambahkan lebih kicap supaya warna bihun lebih cantik.
9. Sedia dihidang.

Sotong Masak Merah

RESEPI SOTONG MASAK MERAH
1 kg sotong bersih
6-8 biji bawang merah
2 biji bawang putih
sehiris halia
2 sd besar cili kisar
1 sudu besar Air asam jawa
Kicap Manis
Garam


Cara Membuatnya:
1. Bersihkan sotong, masukkan kedalam periuk dan masak sehingga keluar air. Tutup api.
2. Kisar bawang putih,bawang merah, halia dan cili kisar
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan kicap, air asam jawa, garam
4. Masukkan sotong (airnya tak perlu). Kacau sehingga masak.
5. Siap dihidang bersama nasi putih dan telur masin.


Krim Karamel

RESEPI KRIM KARAMEL
2 sudu besar gula - dibuat gula hangus
6 biji telur
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar gula**-optional
1 sudu kecil tepung gandum - optional


Cara Membuatnya:
1. Masukkan gula ke dalam periuk kecil bertangkai, masakkan sampai gula cair dan keperangan
2. Dengan cermat tuangkan gula cair ke dalam loyang. Dengan menggunakan sudu, ratakan gula cair ke bahagian bawah dan tepi loyang. BERHATI-HATI SBB PANAS.
3. Dalam bekas lain, satukan telur, susu cair, susu pekat manis, gula dan esen vanilla. Tambahkan 1 sudu kecil tepung gandum supaya kuih tak lembik sangat. Kacaukan dengan hand whisk.
4. Letak loyang bergula ke dalam pengukus. Tuangkan adunan ke dalam loyang.
5. Kukus sehingga masak. Jangan bimbang jika ada air bertakung dalam loyang.
6. Hidangan sudah masak jika bahagian tengah masak.
7. Sedia dihidang.

Paprik Ayam

RESEPI PAPRIK AYAM
2 keping dada ayam - dipotong dadu
1 biji bawang besar - potong bulat
2 biji bawang putih - diketuk
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2-3 helai daun limau purut
Kacang panjang - potong 1 inci
Bunga kobis
Jagung muda- potong panjang
Lobak merah


Cara membuatnya:
1. Tumiskan bawang putih, bawang besar, sos tiram, sos cili, kicap manis dan sos tomato.
2. Masukkan daging ayam, daun limau purut dan gaul balikkan.
3. Masukkan sayuran yg ada.
4. Sedia dihidangkan bersama nasi putih.



Sunday, May 13, 2012

Nasi Ayam


Nasi Ayam

RESEPI NASI AYAM
1 ekor ayam (direbus dgn air yang banyak bersama garam, sedikit halia dan 2 ulas bawang putih)
6-7 cawan beras
6-7 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia-tumbuk
1 sudu besar marjerin planta/lain2
3 sd besar minyak masak
1 sudu besar gula
Daun pandan


Cara memasak Nasi Ayam:
1. Pastikan ayam sudah siap direbus ...
2. Pastikan bawang putih dan halia siap ditumbuk.
3. Pastikan beras sudah dibasuh
4. Panaskan minyak, masukkan marjerin.
5. Tumiskan 3/4 bhgn bawang putih dan halia yg ditumbuk tadi
6. Setelah layu, masukkan 1/2 periuk air rebusan ayam. Tutup api.
7. Masukkan beras dan daun pandan ke dalam periuk nasi.
8. Tuang air rebusan yg ditumis tadi kedalam periuk nasi, tambahkan gula.
9. Tambahkan air jika perlu. Rasa air, kalau kurang masin, tambah garam.
10. Tekan ON. (kalu guna periuk biasa pn boleh juga)

Cara menggoreng Ayam Nasi Ayam:
1. Ayam yg siap direbus dilumur kicap
2. Goreng sebentar dgn minyak sedikit (berhati2 sbb i boleh memercik- lebih baik tutup)
3. Sedia dihidang.


Cara membuat Sup Nasi ayam
1. Tumiskan 1/4  bahagian bawang putih dan halia  yg ditumbuk tadi
2. Masukkan air rebusan dan daun sup.
3. Rasa. Tambah garam jika perlu.


Cara membuat Sos/Air Lada Nasi Ayam
1. Dalam blender, masukkan 3 biji cili merah, 3 biji cili padi, sebiji bawang putih, 2 sd besar gula, sedikit garam, 2 sd besar cuka dan 1/2 cawan sup ayam yg dibuat td. Blend halus.
2. Sedia dihidang bersama salad, tomato dan timun yang dihiris.

Kuey Teow Goreng


Kuey Teow Goreng




RESEPI KUEY TEOW GORENG

1 Paket kuey teow
2 ulas bawang putih
Udang/ayam/isi kerang
2 biji telur
Kicap manis
Tauge

Cara Membuatnya:
1. Panaskan 2 sd minyak dan tumiskan bawang putih, udang, ayam, kerang dan telur
2. Masukkan kuey teow dan kicap manis
3. Kacau balikkan dan tutup api. Masukkan tauge.
4. Siap dihidang bersama cili potong, timun, daun sup dan limau nipis

Nasi Himpit Kuah Kacang, Sambal Lada


Nasi Himpit Kuah Kacang




RESEPI NASI HIMPIT
1. Ketupat segera Adabi direbus bersama air dan sedikit garam. Ikut arahan pada pek.
2. Sejukkan. (seeloknya yg dlm pek kecil supaya senang masak)


RESEPI KUAH KACANG
1 cawan kacang tanah - digoreng tanpa minyak dan buang kulit.
2 biji bawang merah-tumbuk
1 biji bawang putih-tumbuk
sehiris lengkuas-tumbuk
sehiris halia-tumbuk
5-6 tangkai cili kisar
1 sd makan air asam jawa
2 sd makan manisan/gula merah
1 sd kecil tepung gandum - bancuh dgn sedikit air


Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dan tumiskan cili kisar sebentar. Masukkan bahan tumbuk.
2. Setelah pecah minyak , masukkan manisan/gula melaka, garam dan asam jawa.
3. Kacang tanah dikisar bersama secawan air. Tuangkan kacang ke dalam periuk.
4. Bila menggelegak, rasa dan tambah garam/gula-jika perlu
5. Jika mahu kuah pekat, tambahkan bancuhan tepung gandum
6. Sedia dihidang


Sambal Lada Special




RESEPI SAMBAL LADA ISTIMEWA
4-5 biji cili merah
2-3 biji cili padi
6-8 biji bawang merah kecil
1 sd kecil kicap
Garam
1/2 cawan minyak
Aji - **optional

Cara membuatnya:
1. Blend cili merah, cili padi dan bawang merah
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
3. Masukkan kicap, secubit garam dan aji.
4. Sedia dihidang.**AWAS resepi ni memang sedap. Yg diet jaga-jaga...


Pisang Goreng

RESEPI PISANG GORENG
Sesikat pisang kelat siam/pisang nangka
Ubi Keledek
Tepung beras
Garam
Air
Serbuk kunyit
Juis limau Nipis -sedikit

Cara Membuatnya:
1. Tepung beras dicampur garam, serbuk kunyit, jus limau dan air (jgn cair sgt)
2. Belah pisang, potong ubi dan salut tepung
3. Goreng.


Mee Goreng Basah

RESEPI MEE GORENG BASAH
1 paket mee kuning
1 keping dada ayam -didadu
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 sd besar cili kisar
2 cawan stok ayam/ + 2 cawan air + 1 kiub ayam
Sawi, Kobis, Carrot
2 biji telur
2 sudu besar kicap manis
Cili jeruk


Cara membuatnya:
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk. Masukkan cili kisar, kicap manis dan ayam.
3. Masukkan stok ayam. Biar menggelegak. Masukkan telur. Kacau.
4. Masukkan kobis, carrot dan sawi. Pastikan API BESAR
5. Masukkan mee kuning sebentar shj utk elak ia kembang
6. Sedia dihidang bersama cili jeruk....uihh..bestnya...
**Lebih sedap jika dibuat dlm portion kecil...contohnya utk 2 orang makan...



Maggi Goreng, Ikan Singang, Sayur lemak Kacang Panjang, Mee Rebus, Ayam Halia

Maggi Goreng


RESEPI MAGGI GORENG
2 paket mee maggi - direbus dan tos
1/2 paket perencah kari (yg dlm  maggi tu)
1 biji bawang putih- diketuk
2 biji bawang merah
2-3 sudu besar kicap manis
1 biji telur
Kobis/Lobak


Cara Membuatnya
1. Panaskan sedikit minyak
2. Masukkan bawang putih dan bawang merah
3. Masukkan mee dan kacaukan
4. Masukkan kicap manis, kacau lg
5. Masukkan lobak merah dan kobis
6. Masukkan telur - kacau sebati atas api besar
7. Siap dihidangkan.

 
Ikan Singgang

RESEPI IKAN SINGGANG
1 ekor ikan aya hitam /tongkol (atau kembung, selayang/sardin)
2 ulas bawang putih- hiris
2 hirisan lengkuas
3-4 hirisan kunyit hidup
2-3 biji cili padi merah/hijau
1-2  keping Asam keping/gelugor (yg jenis masam letak 1 aje)
Garam secukup rasa
Air

Cara Membuatnya:
1. Ikan dibersihkan dan letakkan dalam periuk
2. Letakkan bawang putih, lengkuas, kunyit, cilipadi, asam keping dan garam
3. Masukkan air setakat tenggelam ikan (periuk kecil)
4. Masak dengan api perlahan supaya kuah tidak keruh.
5. Bila ikan masak, tutup api

Sayur Lemak Kacang Panjang
RESEPI SAYUR LEMAK KACANG
Seikat kacang panjang - dipotong 1 inci
2 cawan santan biasa + air (jika perlu)
1 biji bawang besar - hiris baji
3-4 hirisan cili merah
seekor ikan selayang/sardin @ kembung-diambil isinya
garam secukup rasa



Cara membuatnya:
1. Masukkan kesemua bahan dalam periuk.
2. Masak diatas api perlahan. Kacau sehingga masak
3. Sedia dihidang.


Mee Rebus Terengganu
 RESEPI MEE REBUS TERENGGANU
1 paket mee kuning - dibasuh
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sd besar lada hitam
1 cawan isi ayam
1 sd besar sos tiram
1 liter air @ secukupnya
2-3 biji telur
Garam
Lobak merah
Sawi
Cara Membuatnya:
1. Bawang merah, bawang putih dan lada hitam ditumbuk halus
2. Panaskan 2 sd besar minyak masak dan tumis bahan tumbuk
3. Masukkan isi ayam
4. Masukkan 1 liter air. tunggu mendidih/menggelegak
5. Masukkan sos tiram, garam dan sayur
6. Masukkan mee kuning dan sayur- kacau
7. Masukkan telur (jangan kacau), tggu sehingga telur masak @ separuh masak.
8. Sedia dihidang.

Ayam Masak Halia
RESEPI AYAM MASAK HALIA
1 keping dada ayam - dipotong dadu
1 inci halia dipotong halus memanjang
2 biji bawang putih
1 sd besar sos tiram
Sedikit lobak merah
Kobis bunga
Batang Saderi
Garam

Cara membuatnya:
1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih.
2. Masukkan sos tiram
3. Masukkan ayam, halia, lobak merah, kobis bunga dan saderi
4. Masukkan sedikit air - jika perlu
5. Masukkan garam.
6. Siap dihidang


 

Sandwich Ayam, Daging Kicap, Sambal Belacan


Sandwich Ayam
RESEPI SANDWICH AYAM
4-8 keping roti
1 keping dada ayam(rebus dgn sedikit air, halia, bwg putih dan garam)
2 biji tomato -didadu
mayonis
Daun salad


Cara membuatnya:
1. Carikkan isi ayam, isikan ke dalam mangkuk
2. Tuangkan mayonis
3. Tambahkan buah tomato
4. Lapikkan daun salad kat atas roti
5. Lapiskan dengan ayam mayonis
6. Siap dihidang



Daging Masak Kicap
RESEPI DAGING MASAK KICAP
1 kilo daging batang pinang (kalu nk cepat masak)
1 inci halia
2-3 biji bawang putih
1 sd besar lada hitam - tumbuk
Kicap Manis - 1/2 cawan
Garam 1 sd kecil
Minyak


Cara membuatnya:
1. Daging dihiris nipis
2. Tumbuk bawang putih dan halia, lumurkan pada daging
3. Tambahkan kicap manis, garam, lada hitam
4. Panaskan 3-4 sd besar minyak. Goreng daging berkicap td.
5. Tutupkan supaya tak cepat kering.
6. Tambahkan air jika perlu
7. Boleh juga ditambah kacang peas dan daun bawang jika ada
8. Sedia dihidang.


Sambal Belacan Sedap
RESEPI SAMBAL BELACAN
1 biji cili merah
3 biji cili padi merah/hijau merah
2cm belacan - cucuk dgn pisau dan bakar kt dapur gas
1 1/2 sd besar gula (boleh kurang kalu suka)
1/2 sudu teh garam
1 sd besar air asam jawa
1 biji limau nipis


Cara membuatnya;
1. Masukkan cili, belacan bakar, gula dan garam kedalam lesung batu, tumbuk sampai halus.
2. Masukkan air asam jawa
3. Perahkan limau nipis.
4. Sedia dihidang.


Ikan Goreng Tepung
RESEPI IKAN GORENG TEPUNG
1 kilo ikan selayang/kembung (kecil-kecil)
1 cawan tepung beras
1 biji telur (optional)
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara menyediakannya:
1. Tepung beras dicampur serbuk kunyit, garam, telur dan air.
2. Celupkan ikan ke dalam adunan
3. Goreng terendam dlm minyak panas.
4. Sedia dihidang

Resepi Bubur Ayam
 
RESEPI BUBUR AYAM
1 cawan beras
3 cawan air
Dada ayam - potong dadu
2 biji bawang merah-dihiris
1 biji bawang putih- diketuk
2 hiris halia-racik halus

Cara membuatnya:
1. Beras dimasak dengan 3 cawan air
2. Bila nasi kembang, masukkan ayam, bawang dan halia
3. Masukkan garam. Tentukan kepekatan mengikut citarasa sendiri.
4. Sedia dihidang bersama hirisan ayam rebus, ikan bilis goreng, bawang goreng, cili padi dan daun saderi.

 

Nasi Lemak Sambal Bilis Terengganu


Resepi Nasi Lemak Sambal Bilis



RESEPI NASI LEMAK
2 cwn beras (biasa guna beras jati aje...beras siam wangi lg okey)
2 cawan santan pekat
Air secukupnye. (dlm 2 cwn)
1 sd kecil gula (mak ckp kalu tak letak tak sedap)
1/2 sd kecil Garam
Daun Pandan


Cara membuatnya:
1. Masukkan beras dan segala-galanya dalam periuk...
2. Tanak mcm biasa..api sederhana..api besar kang hangit pulak..
3. Kalu kurang masin..tambah garam sesedap rasa...


RESEPI SAMBAL BILIS nasi lemak
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sehiris halia
sehiris lengkuas
sebiji cili padi (tak kisah merah @hijau)
4-5 tangkai cili kering yg direndam dan dikisar
1 sd besar Manisan/Gula merah
1 sd kecil air asam jawa
1 sd kecil kicap manis
garam/gula secukup rasa..
1/2 cwn Ikan bilis goreng
3 sd besar minyak (utk menumis)


Cara membuatnya:
1. Kisar bawang merah,bawang putih, halia, lengkuas, cili padi, cili kisar
2. Panaskan 3 sd besar minyak masak. Tumiskan bahan kisar sampai masak (pecah minyak),
    masukkan manisan, air asam jawa,kicap manis, garam..
3. Bila dah pekat, masukkan ikan bilis.
4. Rasa (bab ini penting sbb bleh tambah apa yg kurang)
5. Siap utk dihidang

Resepi Ayam Masak Merah
 
Ayam masak merah

RESEPI AYAM MASAK MERAH
1 ekor ayam (dipotong kecil-kecil dilumur garam kunyit dan digoreng separuh masak)
6-8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sehiris halia (besar)
sehiris lengkuas
sedikit kunyit hidup
3-4 sd besar cili kering yg dikisar
1 sd besar kicap manis/sos tiram
1-2 btg serai (diketuk)
Hirisan kasar bawang besar (1 biji sederhana)
1 sudu besar air asam jawa
garam/gula secukup rasa


Cara membuatnya:
1. Kisar bawang-bawang, halia, lengkuas, kunyit
2. Tumiskan bahan kisar termasuk cili kisar sehingga pecah minyak.
3. Masukkan kicap manis @sos tiram
4. Masukkan serai, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
5. Masukkan ayam goreng
6. Masukkan hirisan bawang besar
7. Tutup api dan rasa
8. Sedia dihidang

Sayur Campur
RESEPI SAYUR CAMPUR
1-2 ulas bawang putih- diketuk
sedikit ayam - dadu
1 sd besar sos tiram
1 sd kecil serbuk lada sulah @ lada hitam
1 cwn cendawan hiris (shitake@ butang)
1 cwn cauliflower (bunga kobis)
4 btg jagung muda
sedikit lobak merah
sedikit sawi



Cara membuatnya:
1. Tumiskan bwg putih, masukkan ayam dan sos tiram
2, Masukkan cendawan (masak hingga cendawan masak)
3. Masukkan sedikit air, dan sayur-sayur lain..tak perlu masak sgt
4. Masukkan garam (tak letak pn ok), lada sulah
4. Sedia dihidang dgn nasi panas....

Resepi Kepal

RESEPI KEPAL
2 cwn kelapa parut muda(fresh-amik dr pokok, klau beli kureng sedap...)
1 sd besar tepung pulut
2 sd besar manisan@gula merah
1 sd besar gula
daun pandan
secubit garam


Cara Membuatnya:
1. Masukkan manisan,gula,garam dan daun pandan kedalam kuali,panaskan sehingga cair,
    masukkan sedikit air.
2. Masukkan masukkan kelapa parut , kacaukan.
3. Masukkan tepung pulut, kacau lg
4. Bila dah agak-agak hangit sket, tutup api
5. Bolehlah di KEPAL-kepalkan sebesar bola golf..
6. Golekkan dalam tepung pulut
7. Tunggu sejuk, baru bleh makan...sedap..dan tradisional gitu...



Ikan Panggang Tawar
RESEPI IKAN PANGGANG TAWAR
1. 5-6 ekor ikan selayang/kembung dipanggang diatas bara api.
2. Sedia dimakan bersama budu



PENYEDIAAN BUDU
1. Hirisan bawang merah, halia, cili padi dan serai diletak dalam pinggan
2. Tuangkan budu dan perahkan limau nipis
3. Sedia dicicah dengan ikan panggang tawar dan pucuk ubi.